www.extdk.net
July 04, 2009, 01:40:52 PM *
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
Sorry, you must be logged in to use the shoutbox!
News: Please update your personal information here. It will make us easier to contact you.
 
   Home   Forum Help Login Register  
* *

Recent

User

Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
July 04, 2009, 01:40:52 PM

Login with username, password and session length
written by sherrina | 10 Views | Rating: (0 rates)
Events


Salam.
Pihak Maktab dah SETUJU supaya 8 OGOS 2009 dijadikan sebagai tarikh untuk program GEMPUR MENARA GADING Ansara Terendak 2009.

Saya akan minta bas maktab utk datang ke KL & jemput para penceramah mahasiswa & mahasiswi (yang dah keje tapi nak naik bas maktab dgn Abg Malik driver pun boleh) pada Jumaat 7 OGOS, mungkin collection point di KL Sentral, 8.00pm.

Sesiapa yang naik bas Maktab pada malam itu akan ditempatkan di Sick Bay Maktab (dulu tapak taman burung kot) dan dijamu dgn masakan Teres Teratai.

Lama betul tak rasa nasi kawah, sarapan scramble egg dgn kidney beans, milo wahi & kopi Adam. Hopeully menu tak berubah lah.

Sesiapa yang datang dengan kenderaan lain diminta berada di maktab sebelum jam 9 pagi 8 Ogos tersebut.

Pengisian program mudah je. Please find below.

8 Ogos:
8.45 pagi - Semua pelajar tingkatan 5 dan penceramah berkumpul dalam Studio aras 3.
9.00 pagi - Sesi pengenalan penceramah dan pengenalan ringkas tentang universiti dan jurusan masing-masing dari mahasiswa.

9.30 pagi - Ceramah 1.
Pelajar berpecah mengikut pembagian jurusan. Berapa banyak jurusan bergantung kepada mahasiswa yang hadir. Ceramah diadakan di kelas-kelas aras 3.
Pengisian ceramah adalah seperti berikut:
1. Kelayakan memasuki jurusan pilihan.
2. Bilangan universiti yang menawarkan jurusan pilihan
3. Subjek-subjek di universiti mengikut jurusan.
4. Cara hidup dan cara belajar di universiti mengikut jurusan (budak mass comm takkan cara belajar diorang sama macam budak medik pulak.)
5. General life after 18 (disiplin diri, culture shock, sewa rumah luar & independence, etc..)
- Tak perlu skema pun, cerita la macam mana yang suka, yang penting point sampai.

11.00 pagi - Rehat.
11.30 pagi - Ceramah 2.
Pengisian ceramah adalah seperti Ceramah 1.
Penceramah tak bertukar, pelajar je bertukar, kasi can yang dengar tentang jurusan A belajar tentang jurusan B pulak.

1.00 petang - Makan tengahari dan Solat Zuhur.
2.00 petang - Berkumpul di PSP untuk sesi perkongsian dan motivasi ringkas.
3.00 - 3.30 petang - Sesi bersurai utk program lain.

Nampak menarik? Jom la ramai-ramai turun pada 8 Ogos 09 nanti!
Siapa nak naik bas maktab boleh bagi nama sekarang...hehe. Ansara Terendak memerlukan seramai mungkin Terendakian yg sedang belajar di IPTA/IPTS untuk berkongsi pengalaman anda setelah memasuki pusat pengajian tinggi.

Terendakian yg bekerja di IPTS/IPTS juga sangat2 dialu-alukan utk berkongsi life di kampus.

Untuk daftar nama atau just nak tanya apa-apa, hubungi:

Mad Ridzuan: 012-2353461 / mad_ridzuan@yahoo.com
Qaisy: 017-2798708


Klik  SINI untuk info lanjut

written by sherrina | 30 Views | Rating: (0 rates)
News


Buletin Ansara Terendak edisi pertama telah berada di pasaran. Dapatkannya segera sementara stok masih ada. Terdapat pelbagai berita panas dan gossip terkini dimuatkan dalam akhbar ini.

Klik SINI untuk download buletin.

Sebarang sumbangan berita, maklumat dan komen, sila ajukan kepada ansara_terendak@yahoo.com dengan Subjek: Buletin Ansara Terendak.

Bagitau Terendakian yang lain mengenai berita ini.

Selamat membaca!!  afro

written by sherrina | 43 Views | Rating: (0 rates)
Events
Berikut adalah hebahan program anjuran Jasa Pendidikan ANSARA:

Quote
salam...

JASA Pendidikan ANSARA akan mengadakan program career talk dan sesi berkongsi pengalaman dengan para pelajar MRSM Jeli pada 20 Jun 2009. Harap kerjasama rakan-rakan derma darah ANSARA yang berada berhampiran untuk turut serta. Aturcara program adalah seperti berikut:

0800  Pendaftaran
0830  Ceramah pendek mengenai kerjaya masing-masing (5-10 minit bagi setiap ceramah mengenai kerjaya sekarang, latarbelakang kerjaya dan pendidikan)
1000  Minum pagi
1030  Berpecah kepada kelas-kelas untuk sesi soaljawab yang lebih khusus mengenai kerjaya
1230  Penutup program, jamuan makan tengahari dan bersurai

Sebarang pertanyaan, harap dapat maklumkan kepada saya (0193674126 - Firdaus) atau kaunselor MRSM Jeli (0193820510 - Cikgu Fazilawaty)

Sekian, Ikhlas ANSARA!


Mohd Firdaus Abu Naim
JASA Pendidikan ANSARA


Perbincangan lanjut, klik SINI

written by sherrina | 55 Views | Rating: (0 rates)
News

written by sherrina | 66 Views | Rating: (0 rates)
News
Salam to all Terendakian,

Forum extdk.net ini akan tamat tempoh penyewaan hosting pada 25/06/2009. Setiap tahun, RM3000 diperlukan untuk menyewa server bagi membolehkan forum ini menjadi platform Terendakians dari semua generasi berkumpul dan bertukar pandangan.

Walaupun di luar sana terdapat pelbagai medium mengumpul sahabat lama dan menyebar informasi kita tidak boleh lupakan yang lama kerana forum inilah yang mula-mulanya telah menyatukan seluruh batch MRSM Terendak dan perlu dikekalkan seadanya.

Tidak semua yang boleh kita kongsi dengan orang luar, pasti ada perkara yang hanya difahami oleh sesama anak-anak MRSM Terendak sahaja.



Oleh itu, sumbangan para Terendakian sangat-sangat dialukan untuk membolehkan forum ini terus berfungsi selama satu tahun lagi. Untuk menyumbang, sila salurkan ke:

Nama : PER BEKAS PELAJAR MRSM MSIA CAW TERENDAK
No. Akaun : 14120005831051
Bank : CIMB

Sila maklumkan Bendahari, abg Mantoi (mantoi@yahoo.com) akan jumlah dan tarikh sumbangan anda).

Jutaan terima kasih diucapkan atas sumbangan anda. Untuk maklumat terkini sumbangan sila klik topik INI.

written by sherrina | 76 Views | Rating: (0 rates)
News
Senarai Exco 2009/2011:


 

Ketua Cawangan :      Dato' Razali bin Ibrahim

Naib Ketua Cawangan: Mohd Nazri bin Borhannuddin (Johoe)

Setiausaha:               Iskandar Syahril bin Ibrahim Syukri (Is)

Penolong Setiausaha: Nurfiza Emilina binti Hamzah (Mulan)

Bendahari:                  Noor Azman bin Mohamad (Mantoi)

Penolong Bendahari:     Muzammel Bin Mahmood (Zammel)
 

Ketua Biro Sukan & Rekreasi:
Mohd Huzairi bin Zulkefli (Zairie)
Naib Ketua Biro                    Mohd Affendy bin Abu Kassaim (Pendisz)

 
Ketua Biro Perhubungan:     Sharifah Sharina binti Syed Aswad (Sherry)
Awam & Komunikasi
Naib Ketua Biro:               Muhammad Firdaus Mahmud bin Roslan (Oshie)


Ketua Biro Kebajikan   :       Hafizzul Hashimi bin Ismail(Shimi)
& Pembangunan Insan
Naib Ketua Biro:                 Mastura binti Abdul Rahim (Masz)

Ketua Biro Projek Khas :     Julia binti Mohamed Idris (Julia)
Naib Ketua Biro:                 Nasrul Naim bin Mohamad (Naim)

Ketua Biro Pendidikan  :       Md Ridzuan bin Md Hamid (Mad Duan)
& Profesionalisme
Naib Ketua Biro:                  Mohamad Qaisyfullah bin Jaslenda (Qaisy)

Terima kasih kepada barisan Exco 2007/2009 yang lalu. Tahniah kepada barisan Exco 2009/2011. Harap kengkawan Terendakian akan memberikan sokongan.

Pages: [1] 2 3 ... 6

Extdk @ Facebook

Flags

Stats

Members
  • Total Members: 853
  • Latest: bar_how
Stats
  • Total Posts: 107433
  • Total Topics: 2095
  • Online Today: 11
  • Online Ever: 76
  • (June 30, 2008, 04:25:02 PM)
Users Online
Users: 3
Guests: 2
Total: 5
TinyPortal v1.0 beta 3 © Bloc
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.9 | SMF © 2006-2009, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!