by
sherrina | 130 Views | Rating:




(2 rates)

Salam warga Terendakian,
Berikutan dengan penubuhan Persatuan Ansara Terendak baru-baru ini, berbagai aktiviti telah dirangka untuk merapatkan lagi tali silaturrahim di antara bekas pelajar MRSM Terendak. Bagi tujuan murni tersebut, adalah difikirkan perlu bagi persatuan untuk mempunyai sumber kewangan yang kukuh bagi menjayakan berbagai aktiviti yang telah dan bakal dirangkakan.
Salah satu cara bagi membantu menambah tabung Persatuan Ansara Terendak yang baru ditubuhkan, pihak Ansara Terendak telah bersetuju untuk bergabung tenaga dengan sebuah agensi perancang kewangan (Integrated Wealth Advisors Sdn Bhd) milik bekas pelajar MRSM Terendak melalui program Takaful/Insurans kenderaan.
Melalui program ini, Ansara Terendak dapat memperbaharui Takaful/Insurans kenderaan dan cukai jalan dengan mudah melalui wakil-wakil yang telah dilantik, yang juga terdiri daripada Ansara Terendak sendiri. Ingin dimaklumkan disini bahawa premium Takaful/Insurance in adalah tariff iaitu tidak berbeza dengan mana mana Syarikat Takaful/Insurans.
Hasil dari komisyen yang diperolehi, sebahagiannya akan disumbangkan ke tabung Persatuan Ansara Terendak. Dengan cara ini adalah diharapkan, selain dari dapat memperbaharui takaful/insurans kereta dengan lebih mudah, anda juga berpeluang untuk menyumbang ke tabung ansara terendak yang kita sayangi dengan cara yang berterusan dan tidak membebankan.
Bagi langkah pertama kearah usaha ini, kami bagi pihak persatuan ingin meminta kerjasama daripada ahli Ansara Terendak dan semua bekas pelajar MRSM Terendak yang berminat untuk menyertai program ini, supaya dapat memberikan maklumat kepada saudara Iznor Mohd Salleh maklumat-maklumat yang berikut melalui email:
iznor.mohdsalleh@gmail.com1) Tarikh pembaharuan Takaful/Insurans kenderaan;
2) Nombor telefon dan alamat e-mail; dan
3) Notis pembaharuan insurans/takaful kenderaan (jika telah diterima).
Perbincangan dan pertanyaan mengenai program ini telah dibuka di topik
ini.
Marilah menyokong program Ansara Terendak